Posts

Showing posts from 2015

View in UiTM Dengkil

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Maaf sebab lambat update and blog ni nampak berhabuk sikit. Busy sikit dan ada gaduh sikit dengan wifi. Sekarang, wifi nak berbaik-baik semula dah. ^_^ Siapa nak tengok suasana dalam rumah di kolej, klik SINI Kalau bosan-bosan asyik menghadap buku je, memang saya tengok sekeliling and ambik gambar. Biar penuh SD card dengan view kampus. Hahaha. Sebab tu saya tak suka selfie. Lagipun, hanya 4 bulan je duduk kat sini. Mana boleh nak patah balik. Puncak Alam boleh la saya patah balik ke sana. Huhu. Kolej Dahlia 3 from Dahlia 2 Aras 8 Kolej Dahlia Kalau blok di sini.. Untuk akademik, kelas buat kat: 1. Blok Dinamik (lecture hall n BK) 2. Blok Etika (lab) 3. Blok Progresif (BKs) 4. Bilik Seminar (Pusat Pelajar yang attached dengan Anjung Dengkil) Kolej pulak,, Tualang 1, 2 n 3 untuk siswa. Dahlia 1, 2 (longest building) n 3 untuk siswi. As usual, Pusat Islam, PTAR (library), Pejabat Fasiliti, Pusat Pelajar (bilik2 persatuan),

UiTM Dengkil

Image
Welcome to new house of Asasian UiTM. First impression. CANTIK. Sebab nampak dari jalan belakang PICC lagi. Hehe. Bangunan pentadbiran yang tinggi macam FSK 6 Puncak Alam dah jadi bangunan tertinggi di Dengkil. Lepas daftar (ambik kunci je), terus naik ke aras 8. Tingginya... Semoga lif disayangi tidak rosak. Majoriti, Law and Tesl yang stay di Dahlia 2 ni. Kami kaum minoriti di sini. Hehe.. Abaikan pasal tu. Satu rumah, ada 3 bilik. Satu bilik untuk 2 orang. Jadi, 6 orang la satu rumah. Aku jadi culture shock sekejap sebab rumah dulu ada 10 orang. Jadi krik2 je sekarang. Tapi ada je housemate lama kacau2 aku di rumah baru dengan semua housemate baru. Haha. Comelkan diorang? Walaupun tak seluas mana bilik, asalkan ada katil, sudah... Loker.. Tinggi.. Lagi tinggi daripada loker Asrama Khadijah dulu. My bed.  Kalau nak beli tikar getah, belilah 3 kaki. Share dengan roommate. Pastu, rajin pulak kontraktor (KAS Engineering Sdn. Bhd.) ni pi cat bilik dengan warn

RIndu

Image
Rindu pada crush? Ingin katakan sesuatu padanya? Teringin sangat nak buat macam tu. Sampai suatu hari, dah karang dah nak kata apa. Itu, ini. Bila ada lelaki yang sakitkan hati someone yang terdekat, mesti nak nasihatkan crush supaya tidak ikut jejak lelaki tu. Tapi, Allah menjaga aku daripada buat benda pelik-pelik. Bila aku terdetik untuk berbuat sedemikian, aku mula terfikir. "Aku kan ada Allah? Buat apalah payah-payah nak karang bagai and send kat dia. Entah-entah dia tak baca pun. Just seen je." Aku luahkan segalanya pada Allah. Dia Maha Pendengar. Dia dengar segala-galanya. Baik dituturkan di mulut mahupun jauh di sudut hati. Sebenarnya, aku tak pernah hubungi dia melainkan kerana urusan. Aku memang mesra dengan semua orang. Tetapi alhamdulillah, aku masih tahu batas pergaulan Dan memanglah aku tidak akan sekali confess pada dia. Walaupun Saidatina Khadijah melamar Rasulullah dulu kan? Huhu. Melainkan kalau aku memang tekad, haha. (Hang yang mintak peremp

Dilema UPU

Image
Dilema pilih program datang menjelma! Ni screenshot syarat kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda atau lebih mesranya, Degree pilihan saya. Rambang mata. Kena pilih 12 sahaja dari 24 pilihan kat atas ni. Tapi.. komfem UPNM kena tolak sebab nanti mungkin tak pass dalam interview (ketinggian tak cukup rasanya). Huhu. Untuk lihat syarat khas kemasukan: https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

Unexpectable

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (Surah As Saff 61: 10 - 13) "Barangsiapa mempermudahkan kesulitan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat." (HR Muslim) 

Top 50 IPT Malaysia 2015

Senarai Top 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2015 Terkini. Senarai ranking terkini Top 50 Universiti terbaik Malaysia baru sahaja dikeluarkan. Kriteria pemilihan universiti terbaik telah dilakukan oleh Webometrics, sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). Penilaian berdasarkan empat indikator utama penarafan web universiti iaitu ‘impact’, ‘online presence’, ‘openess’ dan ‘excellence’ yang dikeluarkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun. Semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan ekonomi. Berikut adalah ranking terbaru 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2015 yang merangkumi Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) :- 1. Universiti Putra Malaysia 2. Universiti Sains Malaysia

30 Muharram

Image
Not me. Hehe. Tarikh ini. Jarang kuingat. Semakin menghampiri mati. Dari Dia kau datang pada tarikh ini. Thanks Mak sebab lahirkan Aida. Thanks Abah sebab azankan Aida. Dan... Thanks Allah sebab takdirkan Aida lahir dalam Islam. Alhamdulillah..

Pretzel

Image
Hari tu, check status sijil halal Auntie Anne's. Alamak! O_o Tak de? So, dah jadi sama kes dengan gochujang (boleh tengok kat post Bibimbap) yang aku ragu-ragu status halal tu. Jadi, jom buat sendiri! Auntie Anne's Pretzels: Copycat Recipe Makes 12 Adapted from Food Network 2 cups milk 1 1/2 tablespoons (2 packets) active dry yeast 6 tablespoons brown sugar 4 tablespoons butter, melted 4 1/2 cups flour 2 teaspoons fine salt 1/3 cup baking soda 3 cups warm water Coarse salt 8 tablespoons butter, melted in a shallow dish Warm up the milk in the microwave or on the stove for just about one and a half minutes. It should be about 110º. If it's too hot it will kill the yeast. You should be able to comfortably keep your finger in it. Stir in the yeast and let it sit for about 3 minutes. Add the butter and sugar. Add the flour about 1 cup at a time and the add the fine salt. Kneed for about 10 minutes with a stand mixer, or by hand. Put it in a greased bowl and cover with gre

Ain dan Izzatul

Teringat kat kawan dua orang ni. Duk buat apa la sekarang ni? Study subjek sem 2 ke? Hebat2! Dua-dua ni, aku kenal kat FB je via group asasi. Dan.. Kami bertiga ke kelas sama2 sejak hari first lecture. Padahal, tiga-tiga tak pernah face2face. Hehe.. Mcm blind date pulak.. Yang bestnya, dua-dua orang Ganu. Sampaikan aku pun cakap bahasa Ganu dah dengan diorang. Sebab tu lah, aku susah sikit nak dicam orang dari negeri mana. Bila di rumah, cakap Banjar + Utara + English (pengaruh movie + monolog sorang2). Di kolej, bahasa Ipoh. Time lecture, Ganu yang keluar. Bila meeting persatuan, kecek Kelate deh... Macam-macam bahasa daa.. Berbalik pada cerita kawanku ini. Nur Ain Nadhirah. Orang Paka (sebut pa + ke). Bagi aku, dia ni Mom of Song Triplets. Hehe. Hari tu, button yang ada gambar kembar tiga tu, tertanggal dari pencil casenya. Masa tu, memang dia risau tahap hilang anak. Nasib baik terjumpa balik kat lecture hall. Alhamdulillah.. The genius one. Memang ajaibla sebab dia sempat layan ep

Sarada Wears Hijab

Image
Aku ada kawan seorang ni. Amni namanya. Dia memang minat sangat2 dengan Naruto. Huhu. Satu kelas tau pasal minat dia gara2 dia tersalah send mesej kat WhatsApp. Dan dia memang excited dengan filem Naruto yang terbaru ni, Boruto.. Sampaikan aku pun dah terminat kat satu watak ni. Uchiha Sarada. Dengan gigihnya aku search gambar dia and aku 'pakai'kan dia tudung. Tapi pakai aplikasi Memopad yang boleh install dari Apple Store je. Laptop yang ada Paint Tool Sai tu, sedang di'rawat' di 'hospital'. Huhu. So, inilah hasil yang bolehla untuk buat dp WhatsApp. :D Thanks Amni sebab pengaruh aku. ^^

10 Orang Itu...

Image
"Kau, cuba listkan member Super Junior yang berbelas tu." "Oooh. Kacang je. 13 orang laa. Kalau kau nak biodata diorang pun boleh. Leeteuk, Heechul, Kangin~" "Cop2! Soalan lain pulak. Nak member group lain pulak. Yang 10 orang." "EXO lettew. Huhu.." "Tak... 10 Sahabat Rasulullah yang confirm masuk syurga... Huhu.. Mesti kau lagi ingatkan profile diorang.." Huhu. Makan dalam. Tak kiralah anda Kpoppers ke, Beliebers ke, Bollywood ke, baik ingat sirah Nabi dulu. ^^

Productivity

Image
Nampak sangat cuti ni, aku menjadi a Procrastinator. Di manakah dirimu yang produktif? Source: Doodle For Food - Ep. 27 (Being Productive)

Tak Nak Join

Ada member2 ajak join group untuk side income. And, ada sebab-sebab yang aku tak join. 1. Kena cari downline. Hehe. Malas. Sebab dah berazam untuk kosongkan Timeline FB dan IG. 2. Kurang gemar dengan cara promote. Aku pun tak reti promote (kalau ada orang ajar and aku yakin, bolehla.. Macam promote majalah kawan dulu2). Dan, I can see it everywhere. Sehinggakan malas nak online. Semoga korang perbaiki stail promotion dari semasa ke semasa ya. Peace! 3. Masih buntu. Macam mana nak topup? Kalau di kampus, aku beli prepaid kat kedai photostat dan kawan punya. 4. Aku seorang yang jarang topup. Selalunya, RM30 sebulan. Kalau time cuti sem ni, memang tak topup langsung. Huhu. (Harapkan wifi je). Rasanya, kalau join, kena topup dengan jumlah minimum sebulan. Entah. 5. Setakat ni, this is not my passion. Hehe. Passion aku, something else. 6. Aku tidak pasti dengan kehalalannya. Huhu. Disebabkan ini, aku berusaha study balik pasal zakat emas dll. yang makin hilang di

Konsep 4-TA

Image

Rukun Ukhwah

Image
Aku teringat kembali soalan yang ditanya semasa aku bermain explorace hari itu. "Apa rukun ukhwah?" First time ever aku mendengar frasa ini. Aku tidak dapat menjawabnya. Ketika YDP berucap, dia bangkitkan kembali rukun ukhwah.  Jadi, apa itu rukun ukhwah? Ukhuwah ada 3 tingkatan. 1. Salamatussadri (سلامة الصدر) Berlapang dada dan bersangka baik pada rakan-rakan. Jika ada masalah, perlu dapatkan penjelasan. 2. Almasawaah (مساواة) Kesamarataan. Apa yang kita dapat nak dikongsikan bersama. Kongsi sama rata. Tak lebih tak kurang.   3. Al ithar (الايثار) Melebihkan. Apa yang kita dapat, diberikan lebih pada org lain. Hanya sedikit untuk diri sendiri. Di manakah tingkatan ukhuwah anda?

New Chapter

I feel like this again. And I know that I will face this again. Now, I want it come again on the right time again. Together with the right man. Jebal. I just want to be with the eternal love. HE is never not disappoint me. Forever and ever. Oh Allah... Why I'm so pathetic? Begging the others' love? While leaving Your true love? Letting Your love abandoned? Oh Allah.. Let me try... To love You again. And again, Give me the chance. And give me time. To remedy my heart. And... To begin my new chapter. 20151014 : 0152

BERJAYA!

Bismillah Anda ingin berjaya? Ikuti tips ini! 1.MATLAMAT 2.KARAKTER 3.KAWALAN 4.BERI-TERIMA 5.TINDAKAN Dengan matlamat.. Ingatlah ayat yang selalu diulang-ulang setiap kali solat kita. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam." Seterusnya, kita mestilah mempunyai karakter yang baik. Kita juga perlu mampu untuk mengawal diri kita. Yakni mengawal nafsu. Seterusnya.. Apabila kita mendapat sesuatu seperti ilmu yang bermanfaat, berkongsilah dengan orang lain yang belum tahu. Jika tidak, analoginya seperti ini.. Kita menarik nafas. Kita tarik dan tarik. Nafas tidak dilepaskan. Apakah perasaan kita? Gembira? Jadi, memberilah selepas menerima. Kemudian, bertindaklah! Kejayaan tidak akan datang jika tiada tindakan. Jika anda perhatikan, tips di atas kelihatan 'familiar' bukan? MATLAMAT.. Dua kalimah syahadah KARAKTER.. Solat lima waktu (Solat membentuk peribadi muslim) KAWA

KGSP 2016

Image
Rasa macam nak menangis bila notis KGSP 2016 keluar di FB Official Korean Embassy. "Aku sudah selesa di sini, engkau baru nak keluar?" Dalam hati, terdetik perasaan ingin apply biasiswa ni. Pabila aku melawat website KGSP, lantas aku berdoa semoga apa yang aku pilih adalah benar. Aku baca faedah biasiswa, syarat dan sebagainya itu. Tiba-tiba... "Fly semasa hujung bulan Februari? Aku belum habis asasi lagi..." "Recommendation letter? Ada.. Tapi di kertas lain.." Dari situ aku terdetik.. Mungkin aku di sini menjadi orang yang lebih baik. Mungkin aku di sini, mendapat tarbiyah yang lebih baik. Hidup dengan lebih selamat. Makanan halalan toyyiban. Dapat bergaul dengan rakan yang mengingati Allah selalu. Berjumpa dengan orang yang 'osem'. Lebih dekat dengan keluarga. Mudah untuk dihubungi.. Ada hikmahnya.. Sayonara, KGSP 2016. In shaa Allah, ada rezeki, aku mencuba nasib dalam KGSP 2017 application. Tapi, celaru

Perutusan YDP PRM 31 Ogos 2015

Bismillah. "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat" [Surah An-nasr : ayat 1-3] . . . Merdeka! Merdeka! Merdeka! . Itulah laungan keramat yang digemakan saban tahun. Dari anak-anak kecil pasca merdeka sehingga warga emas yang mendekati umur sembilan dekad mengkaguminya dengan cara masing-masing. Lagu kebangsaan diputar berkali-kali di corong radio mahupun di kaca televisyen sehingga seantero Malaysia mampu merasai kehangatan kehadirannya. . . Saya terkenang kenangan ketika saya diusia kecil di sekolah rendah megah mengibarkan jalur gemilang sambil berteriak sepenuh hati bersama rakan-rakan yang lain ketika diminta menyanyikan lagu Keranamu Malaysia. Dijalanan pula, kita sendiri dapat melihat betapa m

Evening at Lake

Image
Spending time with Osem Buddy at Tasik / Kolam Basah Palam. Memang best.. Maklumlah, first time sampai situ walaupun hampir masuk bulan ketiga aku di sini. Tasik tu, di belakang bangunan FSK 6, yang paling tinggi di Palam. FSK 6.. Lensed time otw balik kolej.. Tasik Palam... Bila sampai situ, memang rasa macam pergi jungle trekking. ***exaggerated*** Dengan bunyi krik2.. Bila semua dah sampai, kami mula dengan bermain kotak beracun. Muzik dimainkan. Kotak yang  berisi soalan cepu mas a.k.a cemas pun berjalan. Kalau muzik stop, mangsa tu kena cabut kertas and jawab soalan yang tertulis kat atas kertas tu. Aina n Alya Soalan yang aku kena jawab.... "Apakah sunnah Rasulullah yang anda lakukan pada setiap hari?" "Makan dengan tangan kanan.. Lagi..." Aku sebut yang basic sahaja. Baru sedar, banyak betul amalan sunnah Baginda yang aku tak amalkan. Asyik suruh orang buat, tapi sendiri tak buat. Cakap tak serupa bikin. Insaf di situ.