Posts

Showing posts from November, 2015

Unexpectable

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (Surah As Saff 61: 10 - 13) "Barangsiapa mempermudahkan kesulitan orang lain, nescaya Allah akan mempermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat." (HR Muslim) 

Top 50 IPT Malaysia 2015

Senarai Top 50 Universiti Terbaik Di Malaysia 2015 Terkini. Senarai ranking terkini Top 50 Universiti terbaik Malaysia baru sahaja dikeluarkan. Kriteria pemilihan universiti terbaik telah dilakukan oleh Webometrics, sistem penarafan di mana laman web dan visibiliti digunakan sebagai indikator untuk mengukur prestasi universiti pada peringkat global yang dijalankan oleh Cybermetrics Lab (Majlis Penyelidikan Negara Sepanyol, CSIC). Penilaian berdasarkan empat indikator utama penarafan web universiti iaitu ‘impact’, ‘online presence’, ‘openess’ dan ‘excellence’ yang dikeluarkan setiap enam bulan pada Januari dan Julai setiap tahun. Semua indikator itu mengambil kira komitmen universiti terhadap pengajaran, hasil penyelidikan, prestij antarabangsa, rangkaian dengan komuniti termasuk industri dan ekonomi. Berikut adalah ranking terbaru 50 Universiti Terbaik di Malaysia 2015 yang merangkumi Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) :- 1. Universiti Putra Malaysia 2. Universiti Sains Malaysia

30 Muharram

Image
Not me. Hehe. Tarikh ini. Jarang kuingat. Semakin menghampiri mati. Dari Dia kau datang pada tarikh ini. Thanks Mak sebab lahirkan Aida. Thanks Abah sebab azankan Aida. Dan... Thanks Allah sebab takdirkan Aida lahir dalam Islam. Alhamdulillah..

Pretzel

Image
Hari tu, check status sijil halal Auntie Anne's. Alamak! O_o Tak de? So, dah jadi sama kes dengan gochujang (boleh tengok kat post Bibimbap) yang aku ragu-ragu status halal tu. Jadi, jom buat sendiri! Auntie Anne's Pretzels: Copycat Recipe Makes 12 Adapted from Food Network 2 cups milk 1 1/2 tablespoons (2 packets) active dry yeast 6 tablespoons brown sugar 4 tablespoons butter, melted 4 1/2 cups flour 2 teaspoons fine salt 1/3 cup baking soda 3 cups warm water Coarse salt 8 tablespoons butter, melted in a shallow dish Warm up the milk in the microwave or on the stove for just about one and a half minutes. It should be about 110º. If it's too hot it will kill the yeast. You should be able to comfortably keep your finger in it. Stir in the yeast and let it sit for about 3 minutes. Add the butter and sugar. Add the flour about 1 cup at a time and the add the fine salt. Kneed for about 10 minutes with a stand mixer, or by hand. Put it in a greased bowl and cover with gre

Ain dan Izzatul

Teringat kat kawan dua orang ni. Duk buat apa la sekarang ni? Study subjek sem 2 ke? Hebat2! Dua-dua ni, aku kenal kat FB je via group asasi. Dan.. Kami bertiga ke kelas sama2 sejak hari first lecture. Padahal, tiga-tiga tak pernah face2face. Hehe.. Mcm blind date pulak.. Yang bestnya, dua-dua orang Ganu. Sampaikan aku pun cakap bahasa Ganu dah dengan diorang. Sebab tu lah, aku susah sikit nak dicam orang dari negeri mana. Bila di rumah, cakap Banjar + Utara + English (pengaruh movie + monolog sorang2). Di kolej, bahasa Ipoh. Time lecture, Ganu yang keluar. Bila meeting persatuan, kecek Kelate deh... Macam-macam bahasa daa.. Berbalik pada cerita kawanku ini. Nur Ain Nadhirah. Orang Paka (sebut pa + ke). Bagi aku, dia ni Mom of Song Triplets. Hehe. Hari tu, button yang ada gambar kembar tiga tu, tertanggal dari pencil casenya. Masa tu, memang dia risau tahap hilang anak. Nasib baik terjumpa balik kat lecture hall. Alhamdulillah.. The genius one. Memang ajaibla sebab dia sempat layan ep

Sarada Wears Hijab

Image
Aku ada kawan seorang ni. Amni namanya. Dia memang minat sangat2 dengan Naruto. Huhu. Satu kelas tau pasal minat dia gara2 dia tersalah send mesej kat WhatsApp. Dan dia memang excited dengan filem Naruto yang terbaru ni, Boruto.. Sampaikan aku pun dah terminat kat satu watak ni. Uchiha Sarada. Dengan gigihnya aku search gambar dia and aku 'pakai'kan dia tudung. Tapi pakai aplikasi Memopad yang boleh install dari Apple Store je. Laptop yang ada Paint Tool Sai tu, sedang di'rawat' di 'hospital'. Huhu. So, inilah hasil yang bolehla untuk buat dp WhatsApp. :D Thanks Amni sebab pengaruh aku. ^^

10 Orang Itu...

Image
"Kau, cuba listkan member Super Junior yang berbelas tu." "Oooh. Kacang je. 13 orang laa. Kalau kau nak biodata diorang pun boleh. Leeteuk, Heechul, Kangin~" "Cop2! Soalan lain pulak. Nak member group lain pulak. Yang 10 orang." "EXO lettew. Huhu.." "Tak... 10 Sahabat Rasulullah yang confirm masuk syurga... Huhu.. Mesti kau lagi ingatkan profile diorang.." Huhu. Makan dalam. Tak kiralah anda Kpoppers ke, Beliebers ke, Bollywood ke, baik ingat sirah Nabi dulu. ^^

Productivity

Image
Nampak sangat cuti ni, aku menjadi a Procrastinator. Di manakah dirimu yang produktif? Source: Doodle For Food - Ep. 27 (Being Productive)

Tak Nak Join

Ada member2 ajak join group untuk side income. And, ada sebab-sebab yang aku tak join. 1. Kena cari downline. Hehe. Malas. Sebab dah berazam untuk kosongkan Timeline FB dan IG. 2. Kurang gemar dengan cara promote. Aku pun tak reti promote (kalau ada orang ajar and aku yakin, bolehla.. Macam promote majalah kawan dulu2). Dan, I can see it everywhere. Sehinggakan malas nak online. Semoga korang perbaiki stail promotion dari semasa ke semasa ya. Peace! 3. Masih buntu. Macam mana nak topup? Kalau di kampus, aku beli prepaid kat kedai photostat dan kawan punya. 4. Aku seorang yang jarang topup. Selalunya, RM30 sebulan. Kalau time cuti sem ni, memang tak topup langsung. Huhu. (Harapkan wifi je). Rasanya, kalau join, kena topup dengan jumlah minimum sebulan. Entah. 5. Setakat ni, this is not my passion. Hehe. Passion aku, something else. 6. Aku tidak pasti dengan kehalalannya. Huhu. Disebabkan ini, aku berusaha study balik pasal zakat emas dll. yang makin hilang di